Close

Siri Honor Magic5 dilancarkan – Snapdragon 8 Gen 2, Falcon kamera sistem dan pengecasan pantas 66W


Honor secara rasmi melancarkan peranti premium baharu mereka iaitu siri Honor Magic5 secara global. Tampil dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi, kamera dan juga reka bentuk yang lebih baik.


Honor Magic5 Pro



Honor Magic5 Pro dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadan dengan RAM 12GB LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0. Untuk paparan, ia hadir dengan skrin LTPO jenis lengkung OLED bersaiz 6.81-inci dengan paparan 120Hz. 

Dari segi fotografi, Honor Magic5 Pro membawakan tetapan tri-kamera belakang dengan rekaan bulat. Kamera utama hadir dengan 50MP + 50MP ultra sudut lebar + 50MP telefoto. Untuk swafoto ia tampil dengan sensor 12MP.


Untuk kapasiti bateri, Honor Magic5 Pro dimuatkan dengan bateri sebesar 5100mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Honor Supercharge 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pembesar suara jenis stereo, NFC, Bluetooth 5.1 dan pengimbas cap jari di bawah skrin.Untuk harga jualan, Honor Magic5 Pro dijual pada harga £1199 (RM5699) untuk 12GB + 512GB.

Honor Magic5

Untuk Honor Magic5, ia dilengkapi dengan skrin 6.71-inci LTPO dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.
Dari segi fotografi, ia tampil dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utam 50MP + 54MP ultra lebar + 32MP telefoto. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 12MP.
Bateri 5100mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pembesar suara jenis stereo, NFC, Bluetooth 5.1 dan pengimbas cap jari di bawah skrin.
Untuk harga jualan, Honor Magic5 dijual pada harga £899 (RM4260) untuk 12GB + 512GB.

ARTIKEL BERKAITAN