Close

Siri Oppo Reno8 T kini rasmi di Malaysia dengan harga mencecah RM1799

Oppo kini sedia untuk menawarkan barisan baharu peranti mereka untuk pasaran tempatan melalui Oppo Reno8 T 4G dan Oppo Reno8 T 5G. Membawa sejumlah peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik.

Untuk spesifikasi, Oppo Reno8 T 5G dilengkapi dengan skrin 6.7-inci AMOLED resolusi FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 4800mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 67W yang tersedia di dalam kotak.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 108 MP + 2 MP kedalaman + 2 MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32 MP.

Manakala untuk Oppo Reno 8T 4G, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.43-inci resolusi FHD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Mediatek G99 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W yang juga tersedia di dalam kotak.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 100 MP + 2 MP kedalaman + 2 MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32 MP.

Untuk harga jualan, Oppo Reno8 T 4G dijual pada harga RM1399 8GB + 256GB manakala Oppo Reno8 T 5G dijual pada harga RM1799 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, siri Oppo Reno8 T kini boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 10 Februari. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM377.

ARTIKEL BERKAITAN