Close

Siri POCO X5 5G kini rasmi dengan harga bermula dari RM999

POCO kini sedia untuk menawarkan barisan baharu peranti kelas pertengahan untuk pasaran tempatan melalui model POCO X5 5G dan POCO X5 PRO 5G. Hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk

POCO X5 Pro 5G

Merupakan model paling premium untuk siri POCO X5, dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz, warna 10 bit, DCI-P3, 1920Hz PWM Dimming dan dilindungi dengan Gorilla Glass 5.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB LPDRR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2. Bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 67W yang tersedia di dalam kotak.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108 MP + 8MP ultra lebar + 2 MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16 MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah pembesar suara jenis stereo, NFC, IR Blaster, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari dan menjalankan MIUI 14 untuk POCO.

Di Malaysia, POCO X5 Pro 5G dijual pada harga RM1299 untuk 6GB + 128GB dan RM1499 untuk 8GB + 256GB. 

POCO X5 5G


Merupakan versi yang lebih mampu tetapi berkongsi beberapa spesifikasi asas yang sama. Dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 3. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Bataeri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 33W yang tersedia di dalam kotak. Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 48 MP + 8 MP ultra lebar + 2 MP makro, swafoto 16 MP.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah pembesar suara jenis stereo, NFC, IR Blaster, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari dan menjalankan MIUI 13 untuk POCO.

Di Malaysia, POCO X5 5G dijual pada harga RM999 untuk 6GB + 128GB dan RM1299 untuk 8GB + 256GB.

ARTIKEL BERKAITAN