Close

Siri Samsung Galaxy Book3 kini rasmi – Cip Intel Core Gen 13 dan GPU RTX 4070

Pada acara pelancaran siri Samsung Galaxy S23, Samsung turut melancarkan siri baharu Samsung Galaxy Book3 yang merupakan komputer riba dengan Windows 11. Tampil dengan tiga varian iaitu Galaxy Book3 Ultra, Galaxy Book3 Pro dan Galaxy Book3 Pro 360.

Samsung Galaxy Book3 Ultra adalah varian paling premium, hadir dengan cip Intel Core i7-13700H atau Core i9-13900H yang digabungkan dengan GPU Nvidia Geforce RTX 4050 atau RTX 4070. Menggunakan 32GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 1TB PCIe 4.0 SSD.
Dilengkapi dengan skrin 16-inci Dynamic AMOLED 2X dengan resolusi 2880×1800. Turut menyokong paparan adaptif 48Hz hingga 120Hz dengan tahap kecerahan puncak pada 500nits. Menggunakan bateri 76Wh yang turut menyokong pengecasan pantas USB-C 100W.
Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti WiFi 6E, Bluetooth 5.1, empat pembesar suara jenis stereo dan juga kamera web FHD. Dari segi sambungan, ia mempunyai bicu audio 3.5mm, 1x HDMI, 1x USB-A 3.2, 2x USB-C Thunderbolt4 dan juga kad slot mikroSD.
Manakala untuk Samsung Galaxy Book3 Pro, ia hadir dengan spesifikasi asas yang sama seperti Galaxy Book3 Ultra tetapi hadir dengan 16GB RAM dan storan 512GB NVMe SSD. Ditawarkan dengan dua pilihan skrin iaitu 14-inci dan 16-inci AMOLED dengan resolusi 2880 x1800.
Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti WiFi 6E, Bluetooth 5.1, empat pembesar suara jenis stereo dan juga kamera web FHD. Dari segi sambungan, ia mempunyai bicu audio 3.5mm, 1x HDMI, 1x USB-A 3.2, 2x USB-C Thunderbolt4 dan juga kad slot mikroSD. Kedua-dua model menggunakan pengecasan pantas USB-C 65W tetapi dengan kapasiti bateri yang berbeza iaitu 63Wh untuk 14-inci dan 76Wh untuk 16-inci.
Sementara untuk Galaxy Book3 Pro 360, hanya ditawarkan dalam satu pilihan skrin iaitu 16-inci AMOLED paparan 120Hz dengan sokongan S Pen. Skrin peranti ini turut menyokon skrin sesentuh dan boleh dilipat sehingga 360 darjah. Dikuasakan dengan cip Intel Core 13 Gen dengan 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 512GB NVMe SSD.
Dari segi penawaran, Samsung Galaxy Book3 Ultra dijual pada harga bermula dari $2,400 (RM10,238), Samsung Galaxy Book3 Pro bermula dari $1,450 (RM6185) dan Galaxy Book3 Pro 360 bermula dari $1,900 (RM8105). Namun begitu, siri Samsung Galaxy Book3 tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN