Close

Siri Vivo X90 kini rasmi dengan harga mencecah RM4999

Vivo Malaysia kini sedia untuk menawarkan peranti andalan mereka untuk pasaran tempatan. Hadir dengan dua pilihan iaitu Vivo X90 dan Vivo X90 Pro. Melalui ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi, reka bentuk dan juga kemampuan kamera yang lebih baik.

Vivo X90 Pro



Vivo X90 Pro dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.78-inci AMOLED bersama paparan 120Hz. Dijana dengan cip Dimensity 9200 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 4.0. Dibekalkan dengan bateri 4870mAh bersama pengecasan pantas 120W berwayar.


Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP Sony IMX989 sebesar 1-inci Ziess + 12MP ultra sudut lebar + 50MP telefoto. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP. Fungsi lain yang turut hadir adalah seperti cip ISP Vivo V2, penarafan IP68, Bluetooth 5.3 dan lain-lain.


Untuk harga jualan, Vivo X90 Pro dijual pada harga RM4999 12GB+256GB. Ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Legendary Black. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapati di semua pengedar sah Vivo Malaysia atau di kedai atas talian Shopee dan Lazada.

Vivo X90


Seterusnya adalah Vivo X90, hadir dengan skrin bersaiz 6.78-inci AMOLED bersama paparan 120Hz. Turut dijana dengan cip Dimensity 9200 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 4.0. Bateri 4810mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 120W.



Turut hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX989 + 12MP ultra sudut lebar + 12MP telefoto. Sementara, untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor 32MP. Fungsi lain yang turut hadir seperti cip ISP Vivo V2, penarafan IP64, Bluetooth 5.3 dan lain-lain.


Untuk harga jualan, Vivo X90 dijual pada harga RM3699 untuk 12GB+256GB, ditawarkan dalam dua pilihan warna Asteroid Black dan Breeze Blue. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapati di semua pengedar sah Vivo Malaysia atau di kedai atas talian Shopee dan Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN