Close

Siri Xiaomi 13 akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Februari ini

Xiaomi Malaysia kini sedia untuk menawarkan siri Xiaomi 13 ke pasaran tempatan. Perkara tersebut disahkan melalui acara pelancaran yang akan berlangsung di Malaysia pada 27 Februari ini.


Untuk pasaran China, siri Xiaomi 13 ditawarkan dalam dua varian iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Yang mana, kedua-duanya dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah pasaran Malaysia akan turut menawarkan dua pilihan varian atau sebaliknya. Tetapi, apa yang pasti peranti yang akan ditawarkan di Malaysia akan mempunyai sedikit perbezaan dari segi konfigurasi.

Dengan pelancarannya yang bakal tiba tidak lama lagi. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN