Close

Siri Xiaomi 13 kini rasmi di Malaysia dengan harga mencecah RM5999

Xiaomi kini sedia untuk menawarkan siri Xiaomi 13 untuk pasaran tempatan. Membawakan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan paling menarik adalah kemampuan kamera kini ditala dengan kerjasama dari Leica.

Xiaomi 13 Pro 

Xiaomi 13 Pro dilengkapi dengan skrin melengkung bersaiz 6.73-inci OLED QHD+ LPTO. Turut menyokong paparan 1~120Hz, HDR10+, Dobly Vision, kecerahan puncak 1900 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5X dan storan dalama sehingga 512GB UFS 4.0.

Untuk fotografi, ia membawakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama sebesar 1-inci 50MP + 50MP telefoto + 50MP ultra lebar.  Keupayaan kamera belakang turut ditala dengan teknologi Leica Lens. Sementara untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32 MP. Bateri sebesar 4820mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas berwayar 120W, 50W tanpa wayar dan 10W pengecasan berbalik tanpa wayar.

Spesifikasi yang turut hadir adalah seperti penarafan IP68, pengimbas cap jari dibawah skrin, Wi-Fi 7, pembesar suara jenis stereo. NFC, Bluetooth 5.3, IR Blaster dan lain-lain.

Xiaomi 13 Pro dijual pada harga RM4599 untuk 12GB + 256GB. Bagi yang berminat, Xiaomi 13 Pro boleh mula dipra-tempah bermula hari ini sehingga 7 Mac 2023. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM3555 yang berupa Mi TV A2 58″, jaminan tambahan satu tahun dan 6 bulan akses percuma Google One.

Xiaomi turut menawarkan Xiaomi 13 Pro Limited Edition pada harga RM5999 untuk 12GB + 512GB. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM7496 yang berupa Xiaomi Watch S1 Pro, Xiaomi Buds 4 Pro dan Xiaomi Power Bank 10K Pocket Edition Pro.

Xiaomi 13

Manakala untuk Xiaomi 13, ia dilengkapi dengan skrin rata bersaiz 6.3-inci OLED FHD+ . Turut menyokong paparan 120Hz, HDR10+, Dobly Vision, kecerahan puncak 1900 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5X dan storan dalama sehingga 512GB UFS 4.0.

Dari segi fotografi, ia membawakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 10MP telefoto + 12MP ultra lebar.  Keupayaan kamera belakang turut ditala dengan teknologi Leica Lens. Sementara untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Bateri sebesar 4500mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas berwayar 67W, 50W tanpa wayar dan 10W pengecasan berbalik tanpa wayar.

Spesifikasi yang turut hadir adalah seperti penarafan IP68, pengimbas cap jari dibawah skrin, Wi-Fi 7, pembesar suara jenis stereo. NFC, Bluetooth 5.3, IR Blaster dan lain-lain.

Xiaomi 13 dijual pada harga RM3499 untuk 12GB + 256GB. Bagi yang berminat, Xiaomi 13 boleh mula dipra-tempah bermula hari ini sehingga 7 Mac 2023. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM3555 yang berupa Mi TV A2 43″, jaminan tambahan satu tahun dan 6 bulan akses percuma Google One.

ARTIKEL BERKAITAN