Close

Skor penanda aras Honor Magic5 tertiris

Honor telahpun menjadualkan acara pelancaran siri Honor Magic5 pada 27 Februari ini di Mobile World Congress, Barcelona. Pada acara tersebut, Honor akan melancarkan dua peranti iaitu Honor Magic5 dan Honor Magic5 Pro.

Sumber : @RODENT950

Terbaru, skor penanda aras untuk Honor Magic5 telah dikesan melalui GeekBench. Sekaligus mengesahkan beberapa spesifikasi yang akan digunakan pada peranti tersebut.

Honor Magic5 menggunakan nama model Honor PGT-AN00, dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang akan dipadankan dengan 12GB RAM. Jumlah skor yang diperolehi dilihat agak tinggi dengan 1,411 untuk Single-core dan 4,584 untuk Multi-core.

Peranti ini akan menjalankan Android 13 dengan versi terkini Magic UI. Tampil dengan tetapan tri-kamera belakang dengan reka bentuk bulat. Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang dikongsi oleh Honor. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN