Close

Spesifikasi awal Nothing Phone (2) tertiris

Pengasas kepada Nothing iaitu Carl Pei telahpun mengesahkan yang Nothing Phone (2) akan dilancarkan pada tahun ini. Menariknya, Nothing Phone (2) dikatakan akan lebih premium dari model sebelumnya.

Berdasarkan dari laporan terbaru, Nothing Phone (2) dilaporkan akan menggunakan nombor model A065 dan dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2023, sama seperti pelancaran Nothing Phone (1) iaitu pada pertengahan Julai 2022.

Dari segi spesifikasi, Nothing Phone (2) dijangka akan dikuasakan dengan cip dari siri Snapdragon 8 yang lebih berkuasa dan akan dipadankan dengan 12GB RAM yang turut menyokong virtual ram. Cip baharu ini dikatakan akan mempunyai keupayaan yang sama seperti yang digunakan pada siri Samsung Galaxy S23.

Kapasiti bateri juga dilaporkan akan dipertingkat dari 4500mAh kepada 5000mAh. Masih mengekalkan skrin AMOLED yang sama seperti paparan 120Hz tetapi akan menyokong paparan jenis adaptif.

Nothing Phone (1) ditawarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan dengan tiga pilihan varian iaitu 8GB + 128GB RM1499, 8GB + 256GB RM2399 dan juga 12GB + 256GB RM2699. Hadir dengan dua pilihan warna iaitu Hitam dan Putih.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN