Close

Teknologi pengecasan pantas 300W diperlihatkan – 0% ke 100% kurang dari 5 minit

redmi secara rasmi memperlihatkan teknologi pengecasan baharu yang lebih pantas dari apa yang dihasilkan oleh realme iaitu pada 240W. Teknologi pengecasan pantas dari redmi ini menawarkan kelajuan yang lebih pantas pada 300W.
Teknologi pengecasan pantas 300W tersebut dimuatkan pada redmi Note 12 Pro+, yang mampu mengecas dari 0% ke 100%  hanya dalam masa kurang dari 5 minit dengan kapasiti bateri 4100mAh.
Melalui video yang dikongsi oleh redmi, memperlihatkan teknologi pengecasan tersebut hanya memerlukan 2 minit 13 saat untuk mengecas dari 0% ke 50%, manakala untuk satu isian penuh ia hanya memerlukan 4 minit 54 saat.
Dari segi keselamatan, teknologi pengecasan ini dimuatkan dengan teknologi Double GaN yang menpunyai tahap perlindungan keselamatan yang lebih baik. Buat masa ini, Xiaomi tidak mengumumkan sebarang maklumat mengenai ketersediaan teknologi ini pada peranti redmi atau Xiaomi.

ARTIKEL BERKAITAN