Close

Tesla mungkin akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Selepas memasuki pasaran Thailand pada tahun lalu, Tesla kini dijangka akan meluaskan lagi pasaran mereka dan Malaysia adalah salah satu daripadanya.


Berdasarkan dari perkongsian senarai subsidiari Tesla, Inc. Memperlihatkan yang Tesla telah menukar nama mereka dari Tesla Services Sdn Bhd kepada Tesla Sdn Bhd yang membawa maksud syarikat tersebut kini adalah anak syarikat Malaysia.

Berikutan dari itu, terdapat andaian awal menjangkakan Tesla mungkin akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini. Namun begitu, laporan ini masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan dan tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Biarpun, laporan ini masih terlalu awal. Namun, ia sedikit sebanyak memberikan sinar harapan kepada bakal pengguna atau peminat jenama Tesla di Malaysia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN