Close

Tiada lagi fungsi beli-belah secara langsung pada Instagram bermula 13 Mac ini

Instagram telahpun membawakan pelbagai fungsi menarik pada aplikasi mereka untuk memberikan pengalaman penggunan yang lebih baik. Namun begitu, tidak semua fungsi akan terus dikekalkan sekiranya dirasakan tidak lagi relevan.

Oleh yang demikian, Instagram dilaporkan akan menamatkan fungsi membeli-belah secara langsung bermula pada 13 Mac ini. Fungsi membeli-belah secara langsung ini membolehkan pengguna untuk meletakan pautan atau tag pada produk semasa penstriman langsung. 

Menurut Instagram, perubahan ini dilakukan untuk memberikan mereka lebih banyak tumpuan dalam membangun fungsi yang lebih baik yang dapat memberikan nilai tambah kepada pengguna dan juga pada aplikasi.

Namun begitu, penamatan fungsi tidak menjejaskan fungsi lain. Pengguna masih boleh meletakan pautan atau tag produk pada reels atau feeds.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN