Close

TikTok bakal perkenalkan fungsi baharu yang memerlukan bayaran tambahan

TikTok ketika ini sedang merangka sesuatu untuk mengembangkan lagi keupayaan aplikasi mereka. Berikutan dari itu, TikTok sedia untuk memperkenalkan beberapa fungsi baharu pada platform mereka.

TikTok dijangka memperkenalkan fungsi baharu yang membolehkan pencipta kandungan untuk mengenakan sejumlah bayaran untuk menonton video eksklusif. Jumlah bayaran yang akan dikenakan oleh pencipta kandungan akan bermula dari $1 atau akan ditetapkan oleh pencipta kandungan.

Melalui fungsi ini, pencipta kandungan boleh menjana pendapatan yang lebih konsisten. Selain itu, TikTok dijangka akan melancarkan Creator Fund 2.0 untuk memberikan bayaran kepada pengguna yang mempunyai lebih dari 100,000 pengikut. Fungsi ini telahpun melalui fasa ujian di beberapa negara seperti Perancis dan Brazil. Seterusnya, akan dilancarkan di Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Pengenalan fungsi ini dijangka akan dapat meningkatkan jumlah pengguna dan dalam waktu yang sama dapat mengekalkan pencipta kandungan pada platform mereka. Ia juga dapat menjadikan aplikasi TikTok kekal relevan dan popular.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN