Close

TikTok Shop bakal kenakan caj komisen 2% pada penjual bermula 1 Mac ini

TikTok hari ini mengumumkan yang mereka bakal mengenakan caj komisen sebanyak 2% pada semua penjual TikTok Shop di Malaysia.

Caj komisen sebanyak 2% ini akan mula dikenakan kepada penjual pada 1 Mac 2023. Caj tambahan sebanyak 2% akan menjadi kepada 2.12% selepas penambahan cukai yang diperkenalkan sebelum ini.

Namun begitu, caj tersebut hanya akan dikenakan kepada semua pembelian dan pesanan yang berjaya dihantar. Manakala, untuk pesanan yang dipulangkan atau dibatalkan caj sebanyak 2% ini tidak akan dikenakan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN