Close

TikTok TV kini ditawarkan di Malaysia

Aplikasi TikTok sememangnya sinonim untuk digunakan pada telefon pintar. Namun, aplikasi tersebut kini juga boleh digunakan pada TV pintar melalui aplikasi TikTok TV dan telahpun tersedia untuk pengguna di Malaysia.

Namun begitu, aplikasi tersebut hanya boleh dipasang pada beberapa TV pintar sahaja seperti Android TV, Google TV, Samsung TV dan juga LG Smart TV.


Menurut TikTok, aplikasi tersebut dibina untuk memberi pengalaman menonton yang lebih baik sekaligus dapat memberi pengguna menikmati kandungan kreatif dan menarik secara terus melalui skrin yang lebih besar. Pengguna juga boleh menggunakan akaun sedia ada untuk aplikasi TikTok TV.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN