Close

Unifi Mobile kurangkan FUP 60GB dan Hotspot 5GB pada pelan prabayar “tanpa had”

Unifi Mobile mengemaskini penawaran pelan prabayar tanpa had mereka dengan menetapkan had penggunaan data (FUP) yang lebih rendah iaitu 60GB berbanding sebelum ini.

Unifi Mobile turut menetapkan kuota baharu untuk Hotspot kepada 5GB sahaja. Sebelum ini, pelan yang sama menawarkan FUP sebanyak 100GB dan Hotspot sebanyak 10GB. Penawaran baharu untuk pelan ini akan berkuatkuasa bermula pada 9 Februari 2023.


Selain itu, kuota FUP dan Hotspot baharu ini akan turut berkongsi pada kedua-dua jenis penggunaan rangkaian 4G dan 5G. Sekiranya, penggunaan melebihi dari had yang ditetapkan (FUP), had kelajuan akan diturunkan kepada 512kbps.

Sebelum ini, Unifi Mobile turut mengemaskini penawaran pelan prabayar Unifi Bebas dengan menetapkan had penggunaan data (FUP) pada 100GB untuk 4G, had kelajuan maksimum 5Mbps dan juga Hotspot pada 10GB


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN