Close

Unifi Mobile umum pelan pascabayar 5G baharu bermula dari RM39


Unifi hari ini mengemaskini penawaran pelan prabayar 5G baharu mereka dengan mengumumkan dua pelan baharu untuk pengguna pelan pascabayar 5G.



Dua pelan baharu tersebut adalah Uni5G Postpaid 39 yang ditawarkan pada harga RM39 dan juga Uni5G Postpaid 65 yang ditawarkan pada harga RM55, bersempena dengan pengenalan pelan baharu sebelum kembali kepada harga asal iaitu RM69. Kedua-dua pelan tersebut telahpun ditawarkan bermula hari ini.


Kedua-dua pelan menawarkan data hotspot sebanyak 10GB dan juga panggilan tanpa had. Perbezaanya adalah pada pengguna data yang mana untuk Uni5G 35 ia menawarkan data sebanyak 30GB (4G + 5G). Sementara Uni5G 69 menawarkan data sebanyak 60GB  (4G + 5G).


Data tambahan turut ditawarkan dengan harga bermula RM15 untuk 5GB atau RM50 untuk 20GB. Selain itu, terdapat juga data tambahan untuk hotspot dengan harga RM30 untuk 10GB. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, layari laman web rasmi Unifi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN