Close

Vivo V27e akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Vivo hari ini secara rasmi mendedahkan akan membawa satu lagi peranti baharu untuk pasaran Malaysia. Peranti tersebut adalah Vivo V27e, membawakan rekaan yang berbeza dari model sebelum bersama dengan spesifikasi yang lebih baik.

Berdasarkan dari perkongsian tersebut, Vivo V27e dilihat tampil dengan rekaan jenis berkotak dengan skrin jenis rata. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Lavender Purple dan Glory Black. Peranti ini juga dikatakan lebih ringan dengan 186g dan lebih nipis dengan 7.8mm.

Dari segi fotografi, Vivo V27e akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama Ultra-Sensing 64 MP dengan OIS. Vivo mendakwa, model ini akan menawarkan kemampuan kamera malam dan potrait yang lebih baik berikutan ia hadir dengan tema “Aura Portrait, For Picture Perfect Night“.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada Vivo V27e. Seperti biasa, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN