Close

WhatsApp dikatakan lebih selamat dari Telegram

Aplikasi permesejan popular iaitu WhatsApp mendakwa yang aplikasi mereka adalah lebih selamat berbanding aplikasi Telegram.

This is a really important article from @DarrenLoucaides @Wired about Telegram. If you think Telegram is secure, you should read this article and understand the truth – especially before you use it for anything private.

Some really important points: https://t.co/WefbuS11Ov

— Will Cathcart (@wcathcart) February 10, 2023

 

Perkara tersebut didedahkan oleh Will Cathcart, merupakan ketua bahagian WhatsApp di Meta. Menurut beliau, Telegram tidak melaksanakan fungsi penyulitan hujung-ke-hujung (E2EE) yang betul. Kerana, fungsi E2EE tersebut tidak diaktifkan secara default pada Group dan Chanel, hanya aktif apabila menggunakan Secret Chat. 

Berikutan dari itu, mesej yang tidak menggunakan Secret Chat adalah terdedah kepada risiko penggodam atau sebagainya. 

Sebagai perbandingan, fungsi E2EE pada aplikasi WhatsApp diaktif secara automatik sebaik sahaja perbualan bermula. Fungsi E2EE mula digunakan oleh WhatsApp untuk permesejan pada April 2016 dan pada 2021 fungsi tersebut turut digunakan untuk salinan mesej ke awan.

Selain Will Cathcart, pasukan penyelidik Karpeysky turut mendakwa perkara yang sama iaitu Secret Chat bukan suatu penyulitan sebaliknya adalah kerahsian.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN