Berdasarkan dari perkongsian WABetainfo, memperlihatkan fungsi tersebut sedang di uji. Ia akan memaparkan mesej " Someone used pinned message in this chat" sekiranya terdapat pengguna menggunakan fungsi tersebut.
Fungsi ini dilihat sangat berguna untuk sebarang pengumuman dalam masa yang sama memudahkan pengguna untuk mencari mesej penting dalam perbualan. Namun begitu, tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan tersedia untuk semua pengguna memandangkan fungsi ini masih lagi dalam peringkat pembangunan.