Close

WhatsApp kini hadir dengan 5 fungsi baharu – Ini yang perlu anda tahu…

WhatApps kini sedia membawakan 5 fungsi baharu pada aplikasi mereka. Antara fungsi yang dibawakan  adalah seperti Voice Status, Status Reaction, Link Reviews dan lain-lain. Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi mengenai 5 fungsi tersebut.

Voice Status


Fungsi ini membolehkan pengguna untuk merakam audio atau suara (voice note) sehingga 30 saat dan berkongsi melalui status. Fungsi ini turut membolehkan pengguna untuk memilih warna latar belakang untuk digunakan pada voice status. Voice status akan dimainkan secara automatik apabila pengguna menekan status tersebut.


Private Audience Selector

Melalui fungsi ini, pengguna boleh memilih dan menetapkan audiens yang dibenarkan untuk melihat status anda. Fungsi ini perlu diaktifkan secara manual dan terdapat tiga pilihan iaitu My Contact, My Contacts Except, dan Only Share With.

Status Reactions

Fungsi ini telahpun tersedia pada kebanyakkan pengguna. Fungsi ini membolehkan pengguna membalas status menggunakan emoji. Fungsi ini dilihat sangat berguna dalam membalas status dengan lebih cepat dan mudah. Fungsi ini menyertakan lapan pilihan emoji untuk digunakan.

Status Profile Rings

Kebanyakan pengguna mungkin perasan mengenai bulatan berwarna hijau pada profil kenalan anda. Bulatan hijau tersbut dipanggil sebagai Status Profile Rings. Yang mana fungsi ini membolehkan anda untuk melihat status kenalan dengan lebih pantas dengan hanya menekan bulatan hijau. Pengguna boleh melihat fungsi ini pada chat lists, group participant lists, dan juga contact info.

Link Previews

Ini bukanlah fungsi baharu, tetapi fungsi ini telah ditambah baik dan dipertingkatkan. Yang mana, fungsi ini akan memaparkan lebih banyak maklumat pratonton mengenai pautan sebelum diklik oleh pengguna. Meta mendakwa, fungsi ini akan menjadikan pautan lebih menarik dan dapat memberikan gambaran awal mengenai pautan.

Untuk mula menggunakan fungsi ini, pastikan anda telah mengemaskini aplikasi WhatsApp kepada yang terkini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN