Close

Xiaomi 13 Lite dilancarkan – Snapdragon 7 Gen 1, dwi-kamera swafoto dan Xiaomi selfie glow

Siri Xiaomi 13 kini hadir dengan satu lagi model tambahan iaitu Xiaomi 13 Lite. Merupakan model paling asas dalam siri Xiaomi 13 dan tampil tanpa teknologi kamera dari Leica.

Xiaomi 13 Lite dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.56-inci AMOLED jenis rata yang turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDRR4X dan storan dalam 128GB UFS 2.2.


Perkara menarik pada Xiaomi 13 Lite adalah ia hadir dengan dwi-kamera swafoto dengan sensor utama 32 MP + 8 MP potret. Selain itu, ia turut hadir dengan dua lampu LED (Xiaomi Selfie Glow) untuk memberikan hasil swafoto yang lebih baik dan cerah. Untuk kamera belakang, ia hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50 MP + 8 MP ultra lebar + 2 MP makro.
Untuk kapasiti bateri, Xiaomi 13 Lite dimuatkan dengan bateri 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 67W. 
Xiaomi 13 Lite ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Biru dan Merah Jambu. Untuk pasaran global, Xiaomi 13 Lite dijual pada harga EUR499 (RM2344) untuk 8GB + 128GB. Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan model ini untuk pasaran Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN