Close

Xiaomi bakal menyokong kunci kereta digital untuk BWM

Pada acara MWC yang berlangsung di Barcelona. Xiaomi telah memperlihatkan kunci kereta digital pertama mereka dengan kerjasama BWM.

Melalui kunci kereta digital ini, ia membolehkan pengguna untuk menghidupkan, mengunci dan menyahkunci kereta menggunakan telefon pintar. Menariknya, fungsi ini boleh diintergrasikan dengan aplikasi Google Wallet dan beberapa platform lain.

Fungsi ini dijangka akan tersedia pada suku kedua 2023. Namun begitu, fungsi ini hanya akan tersedia pada beberapa model BMW yang terpilih sahaja.

Sebelum ini, Oppo, OnePlus dan ViVo telahpun mengumumkan kunci kereta digital mereka dengan kerjasama Nio EV.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN