Close

Yoodo bakal menyokong rangkaian 5G tidak lama lagi

Yodoo kini mengumumkan yang mereka bakal menyokong rangkaian 5G tidak lama lagi. Maklumat tersebut dikongsi melalui laman web rasmi, aplikasi Yoodo dan juga Facebook rasmi mereka.

Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan yang perkhidmatan rangkain 5G dari Yoodo sudah semakin hampir. Yoodo menyatakan yang pelan 5G ini akan menawarkan kelajuan sehingga 10x ganda, sambungan peranti yang lebih banyak tanpa menggangu kelajuan internet dan juga akan menggurangkan kependaman (Reduced Latency).

Walaubagaimanapun, Yoodo buat masa ini tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai penawaran pelan 5G yang akan disediakan. Kami menjangkakan yang Yoodo akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai perkhdimatan rangkaian 5G dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN