Close

Yoodo kini menyokong rangkaian 5G dengan akses percuma


Sebelum ini, kami ada melaporkan yang Yoodo bakal menyokong rangkaian 5G tidak lama lagi. Hari ini, Yoodo mengumumkan yang pengguna mereka kini boleh mula menikmati rangkaian Yoodo 5G. 


Menariknya, bersempena dengan pengenalan rangkaian 5G. Yoodo turut mengumumkan promosi percubaan 5G secara percuma yang bermula dari hari ini iaitu 15 Februari sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak. Sebarang pemanjangan atau penamatan tempoh adalah melalui budi bicara Celcom.

Untuk mula menikmati rangkaian Yoodo 5G secara percuma, pengguna perlu melanggan Pas Percubaan 5G kerana ia tidak diaktifkan secara automatik. Yang mana pas tersebut diberi secara percuma buat masa ini. 

Namun begitu, akses rangkaian 5G hanya tersedia untuk pengguna Android dan peranti Android yang menyokong rangkaian 5G sahaja. Sementara, untuk pengguna Yoodo yang menggunakan iPhone akses rangkaian 5G tidak tersedia buat masa ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Yoodo.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN