Close

6 Lebuhraya akan menyokong pembayaran kad debit dan kad kredit menjelang September 2023


6 Lebuhraya dijangka akan menyokong sistem pembayaran terbuka menjelang September 2023. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi melalui akaun rasmi media sosial beliau.


Lebuhraya yang akan menyokong sistem pembayaran terbuka ini adalah Lebuhraya Pantai Baru, Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur, Butterworth – Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.


Melalui Sistem pembayaran terbuka ini, ia membolehkan pengguna untuk menggunakan kad debit atau kad kredit sebagai medium pembayaran tol selain, dari pembayaran melalui kad Touch ‘n Go yang sedang digunakan pada ketika ini.


Selain itu, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini juga adalah inisiatif awal dalam peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang secara berperingkat pada ketika ini.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN