I think this is likely the USB-C version of the AirPods Pro 2, with mass shipments expected in 2Q23-3Q23. By the way, Apple currently appears to have no plans for USB-C versions of the AirPods 2 & 3.
— éęé¤ (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) March 24, 2023
ę覺å¾éę該ęÆAirPods Pro… https://t.co/aWKJvGh1lW
Terbaru, pakar tiris Ming-Chi Kuo menjangkakan yang Apple akan mula menggunakan pengecasan jenis USB-C pada AirPods baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini. Namun, perubahan tersebut hanya akan dibawakan pada AirPods model Pro sahaja, sementara AirPods model standard akan masih menggunakan pengecasan jenis Lightning.
Selain perubahan pada jenis pengecasan, ia juga dijangka akan membawa perubahan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk. Siri Apple iPhone 15 dijangka akan menjadi iPhone pertama hadir dengan pengecasan USB-C selepas kesatuan Eropah mengeluarkan arahan yang mewajibkan kesemua peranti elektronik menggunakan sambungan jenis USB-C menjelang tahun 2024.