Close

Amazfit GTR Mini akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM599

Amazfit kini sedia untuk menawarkan peranti pintar baharu mereka dan telahpun menjadualkan acara pelancaran yang akan berlangsung pada minggu ini. Peranti pintar yang akan dilancarkan adalah Amazfit GTR Mini, hadir dengan rekaan yang lebih baik dengan ketahanan bateri yang lebih lama.

Berdasarkan dari tinjaun menerusi kedai rasmi atas talian Amazfit di Shopee memperlihatkan yang Amazfit GTR Mini akan hadir dengan rekaan skrin bulat bersaiz 1.28-inci AMOLED yang menyokong fungsi Always-On Display. Selain itu, terdapat satu butang kawalan fizikal yang terletak di sebelah kanan.
Seperti jam tangan pintar yang lain, Amazfit GTR Mini menyokong penjejak kesihatan seperti pengesanan kadar denyutan jantung, tahap oksigen, pemantauan tidur dan lain-lain. Dari segi kecergasan, ia mempunyai lebih dari 120 mod sukan secara terbina. Untuk ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa.
Amazfit GTR Mini akan ditawarkan di Malaysia bermula pada 17 Mac ini dengan harga jualan RM599. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Ocean Blue, Misty Pink dan juga Midnight Black. Bersempena dengan pelancaran, Amazfit GTR Mini akan dijual pada harga RM579 dengan setiap pembelian akan menerima baucar Starbucks secara percuma bernilai RM20.

ARTIKEL BERKAITAN