Close

Amazon bakal membuang 9000 lagi pekerja

Amazon dijangka akan terus mengurangkan tenaga kerja mereka dalam usaha untuk menghadapi kemelesetan ekonomi yang sedang melanda.

Berikutan dari itu, Amazon merancang untuk membuang 9000 lagi pekerja mereka, pengurangkan tenaga kerja ini akan menjejaskan 4 sektor iaitu pengiklanan, AWS, PXT dan juga Twitch. Perkara tersebut diumumkan oleh Andy Jassy yang merupakan CEO Amazon.

Pengurangan tenaga kerja kali kedua ini dibuat selepas penilaian yang lebih menyeluruh dilakukan mengambil kira dari pelbagai sudut. Untuk pengurangan tenaga kerja kali pertama, Amazon telahpun membuang 18,000 pekerja mereka di atas sebab yang sama.

Selain Amazon, Meta dan Google turut melakukan proses pengurangkan tenaga kerja yang melibatkan skala yang sangat besar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN