Close

Amazon sedia melabur 25.5 billion di Malaysia dalam tempoh 14 tahun


Amazon Web Services (AWS) merancang untuk melabur 25.5 billion di Malaysia dalam tempoh 14 tahun bagi mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan awan di Malaysia.


Pelaburan ini menandakan langkah baharu syarikat tersebut dalam merancang untuk membina infrastruktur AWS di seluruh Asia Tenggara. Dalam masa yang sama, ia juga dilihat bakal memberi impak yang besar kepada inovasi dan tranformasi digital di negara ini.


Menurut Amazon, Hab infrastruktur ini bakal membolehkan pelanggan serantau menyimpan data dengan lebih selamat. Selain itu, platform AWS ini turut menawarkan lebih daripada 200 perkhidmatan termasuklah kecerdasan buatan, storan dan juga robotik.


Pelaburan AWS dilihat sebagai salah satu pelaburan yang terbesar di Malaysia buat setakat ini. Selain Malaysia, AWS turut melaburkan 22.4 billion di Thailand pada tahun lalu.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN