Close

Apple kini menawarkan pilihan warna baharu untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus

Sudah menjadi resam Apple untuk menawarkan pilihan warna baharu pada model semasa mereka. Namun, pada kali ini sedikit berbeza yang mana pilihan warna baharu hanya terhad kepada model standard sahaja dan bukan pada model Pro seperti sebelum ini.

Pilihan warna baharu yang dibawakan kali ini adalah Kuning dan hanya tersedia untuk model iPhone 14 dan iPhone 14 Plus. Dari segi spesifikasi, tiada sebarang perubahan yang dilakukan hanya pilihan warna baharu sahaja yang dibawakan.

Bagi yang berminat, pra-tempahan untuk pilihan warna baharu ini akan dibuka pada 10 Mac dan jualan pertama akan bermula pada 14 Mac ini. Di Malaysia, iPhone 14 dijual pada harga bermula dari RM4199 sementara untuk iPhone 14 Plus ia dijual pada harga bermula RM4699.

ARTIKEL BERKAITAN