Close

Apple menjadualkan acara WWDC pada 5 Jun ini – iOS 17 bakal diumumkan

Apple secara rasmi berkongsi tarikh acara Worldwide Developer Conference (WWDC) iaitu pada 5 hingga 9 Jun 2023. Acara ini akan berlangsung dalam dua bahagian iaitu secara dalam talian dan juga secara fizikal di Apple Park.

Pada acara ini, Apple bakal memperlihatkan perisian dan teknologi baharu yang akan dibawakan pada macOS, iOS, iPadOS, watchOS dan tvOS. Acara ini juga turut melibatkan pembangun yang perlu bersedia dengan perubahan yang akan dibawakan pada perisian baharu.

Selain itu, pada acara ini juga Apple mungkin akan turut melancarkan beberapa produk baharu yang berkemungkinan adalah set kepala AR/VR, Mac Pro dan Macbook Air 15-inci. Tumpuan acara ini semestinya kepada iOS 17. Yang mana, iOS 17 dijangka akan hadir dengan pelbagai ciri baharu dan juga antara muka yang sedikit berbeza dari sistem operasi sebelumnya.

Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan dikongsi mengenai acara WWDC dari masa ke sesama. Sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN