Close

Asus menjadualkan acara pelancaran ROG Phone 7 pada 13 April ini

Asus secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti permainan mereka yang seterusnya iaitu Asus ROG Phone 7. Acara pelancaran ini dijadualkan akan berlangsung pada 13 April ini di Taipei, Berlin dan New York. 

Stay tuned for the new legend. ROG Phone 7 is coming on April 13, 8AM EDT.

Watch it live πŸ‘‰ https://t.co/CGZtFnsTOF#ROGPhone7#ForThoseWhoDare pic.twitter.com/iNbTUSD5cz

β€” ROG Global (@ASUS_ROG) March 23, 2023

 

Walaubagaimanapun, buat masa ini tiada sebarang maklumat yang didedahkan oleh Asus mengenai ROG Phone 7. Namun, dari beberapa laporan awal yang didedahkan sebelum ini peranti ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang di padankan dengan RAM sehingga 18GB. Asus ROG Phone 7 ini turut dijangka hadir dengan skrin AMOLED 6.8-inci FHD+ 165Hz, bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 65W.

Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan didedahkan mengenai Asus ROG Phone 7 dari masa ke semasa. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN