Close

BMW XM kini tiba di Malaysia dengan harga jualan RM1.3 juta

Pada Oktober tahun lalu, BMW telah membuka pra-tempahan untuk model BMW XM. Yang mana. ia merupakan sebuah jentera Sports Activity Vehicle (SAV) mewah yang berprestasi tinggi dengan sistem PHEV.



Merupakan model pertama yang didatangkan dengan sistem pacuan hibrid serba canggih yang digandingkan dengan teknologi khusus untuk memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik. 



Dikuasakan dengan enjin petrol S68 4.4 liter twin-turbo V8 dengan 489 PS dari 5,400 hingga 7,200 rpm dan 650 Nm tork dari 1,600 hingga 5,000 rpm. Digabungkan dengan motor elektrik dengan 197 PS/280 Nm untuk gabungan 803 Nm yang menghasilkan 653 PS.


Dengan kuasa sebegitu, BWM XM hanya memerlukan 4.3 saat sahaja dari 0-100 km/j, dan untuk kelajuan tertinggi, ia mampu mencapai sehingga 250 km/j atau 270 km/j dengan mod pemanduan M.


Untuk mod EV, BMW XM dilengkapi dengan bateri litium-ion 25.7 kWh yang boleh dicas semula melalui pengecasan jenis AC pada 7.4kW yang mampu mengecas dari 0 ke 100% dalam masa 4 jam 15 minit. Kelajuan maksimum pada mod EV adalah 140 km/j dan mampu bergerak sejauh 88 km bergantung kepada jenis pemanduan.


Dari segi reka bentuk, BMW XM membawakan gabungan rekaan dari model yang sebelumnya dengan karakter yang lebih menonjol dan juga lebih mewah. Di samping itu, model ini turut menawarkan prestasi yang setaraf dengan model BMW siri M.


Di Malaysia, BMW XM dijual pada harga bermula dari RM1,316,450 sehingga RM1,398,800 tidak termasuk insurans. Untuk harga jualan RM1,398,800 ia hadir dengan pakej servis dan jaminan tambahan selama 5 tahun. Manakala untuk harga RM1,316,450 ia hadir dengan pakej standard dengan jaminan 2 tahun. BMW XM dijangka akan tiba di Malaysia sekitar Jun ini.

ARTIKEL BERKAITAN