Close

CelcomDigi Fibre dilancarkan dengan harga bermula dari RM75/sebulan

CelcomDigi kini sedia untuk menawarkan pakej internet Fibre yang dipanggil sebagai CelcomDigi Fibre. Pakej internet Fibre ini ditawarkan dengan harga rebat bermula dari RM75 sehingga RM100 dengan kelajuan bermula dari 50Mbps sehingga 300Mbps.

Pelan CelcomDigi Fiber ini hadir dengan tiga pilihan pakej iaitu CelcomDigi Fibre 50Mbps, CelcomDigi 100Mbps dan juga CelcomDigi Fibre 300Mbps. Menariknya, kesemua pakej ini hadir dengan penawaran rebat sehingga RM50 untuk pelanggan pasca bayar sedia ada Celcom atau Digi.

Untuk pakej pertama CelcomDigi Fibre 50Mbps, ia menawarkan kelajuan muat turun pada 50Mbps dan kelajuan muat naik pada 20Mbps serta tiada kuata tanpa had. Pakej ini turut menyertakan pemasangan dan juga Router WiFi 6 secara percuma. Harga langganan RM90/sebulan untuk pengguna biasa dan RM75/sebulan untuk pelanggan pasca bayar sedia ada Celcom atau Digi.

Pakej kedua pula adalah CelcomDigi 100Mbps, menawarkan kelajuan muat turun pada 100Mbps dan muat naik pada 50Mbps serta tiada kuata tanpa had. Pakej ini turut menyertakan pemasangan dan juga Router WiFi 6 secara percuma. Harga langganan RM90/sebulan selama 6 bulan pertama untuk pengguna biasa dan RM90/sebulan untuk pelanggan pasca bayar sedia ada Celcom atau Digi.

Pakej terakhir adalah CelcomDigi Fibre 300Mbps, menawarkan kelajuan muat turun pada 300Mbps dan muat naik pada 50Mbps serta tiada kuata tanpa had. Pakej ini turut menyertakan pemasangan dan juga Router WiFi 6 secara percuma.  Harga langganan RM75/sebulan selama 6 bulan pertama untuk pengguna biasa dan RM100/sebulan untuk pelanggan pasca bayar sedia ada Celcom atau Digi.

Kesemua pakej ini hadir dengan kontrak langganan selama 24 Bulan. Caj sebanyak RM50 akan dikenakan sekiranya menurun taraf pelan langganan dan caj minima sebanyak RM500 atau nilai baik kontrak akan dikenakan sekiranya menamatkan kontrak lebih awal.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN