Close

Cip Snapdragon 7+ Gen 2 dilancarkan – 50% Lebih pantas dan 13% lebih cekap tenaga

Qualcomm secara rasmi melancarkan cip kelas pertengahan baharu mereka iaitu cip Snapdragon 7+ Gen 2 bagi menggantikan cip kelas pertengahan semasa. Cip baharu ini menawarkan keupayaan prestasi yang lebih pantas, keupayaan grafik yang lebih dan lebih cekap tenaga.

Cip Snapdragon 7+ Gen 2 ini dibina berasaskan teknologi 4nm dari TSMC. Menggunakan konfigurasi 1 + 3 + 4 dengan teras utama Kyro pada 2.91GHz, tiga teras Cortec-A710 pada 2.49GHz dan empat teras Cortex-A510 pada 1.8GHz. 

Menurut Qualcomm, cip baharu ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 50% berbanding cip Snapdragon 7 Gen 1. Manakala, untuk prestasi grafik ia menjanjikan dua kali ganda kepantasan dan 13%  kecekapan penggunaan kuasa.

Dari segi fotografi, cip ini menyokong Triple 18-bit Spectra ISP dan juga sensor tunggal sehingga 200MP. Menyokong rakaman video dengan HDR pada resolusi 4K 60fps. Untuk sambungan rangkaian, cip ini menggunakan Sistem Modem-RF Snapdragon X62 5G yang menyokong kelajuan muat turun sehingga 4.4Gbps, WiFi 6E dan Bluetooth 5.3. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti aptX Lossless, Qualcomm Sensing Hub, Snapdragon Elite Gaming, Quick Charge 5 dan sebagainya.

Cip ini dijangka akan membuat kemunculannya tidak lama lagi. Antara pengeluar yang akan hadir dengan cip ini adalah realme dan juga Redmi.

ARTIKEL BERKAITAN