Close

Digi 5G kini tersedia untuk pengguna prabayar secara percuma

Digi kini sedia untuk menawarkan pengalaman rangkaian yang lebih baik melalui akses rangkaian 5G untuk semua pengguna prabayar mereka. Yang mana, akses rangkaian 5G tersebut kini diberikan secara percuma untuk pengguna prabayar melalui Pas 5G percuma.

Pas 5G percuma ini tersedia untuk semua pengguna yang melanggan pelan bulanan, bermula dari pelan Digi NEXT 20 dan ke atas. Pas ini perlu diaktifkan secara manual melalui beberapa langkah mudah iaitu pergi ke aplikasi My Digi > pilih Buy Add-Ons > pilih 5G Booster Pass > pilih Comfirm. 

Buat masa ini, pas 5G ini diberikan secara percuma sehingga 30 April 2023. Selepas itu, pas 5G ini akan dikenakan caj sebanyak RM10 sebulan untuk pelanggan prabayar. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, anda boleh melayari laman web rasmi digi.

ARTIKEL BERKAITAN