Close

Facebook page Soloz digodam


Dunia permainan video Malaysia dikejutkan dengan laporan mengenai Facebook page maharaja Soloz telah digodam.


Perkara tersebut dikongsi oleh Faris “Soloz” Zakaria menerusi instagram story, menyatakan akaun Facebook page Soloz telah digodam. Dalam masa yang sama, beliau turut memberi peringatan untuk tidak menekan sebarang pautan yang dikongsi melalui Facebook page tersebut.



Pada ketika artikel ini diitulis, Facebook Page Soloz sudahpun tidak boleh diakses dan hanya memaparkan “This content isn’t available right now”. Carian untuk Facebook Page Soloz juga tidak dapat dibuat pada ketika ini.



Soloz ataupun nama sebenarnya Muhammad Faris bin Zakaria merupakan pemain profesional permainan Mobile Legends. Turut mengambil bahagian dalam MPL MY Musim ke-11, bermain untuk pasukan HomeBois.

ARTIKEL BERKAITAN