Close

Fasa pengeluaran Proton X90 bermula – Mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat

Bersempena dengan pelancaran stamping line baharu di Tanjung Malim, Proton turut memperlihatkan SUV terbaharu mereka yang berkemungkinan akan menggunakan nama Proton X90. Pada ketika ini, model tersebut dapat dilihat sedang diuji di Malaysia.

Model ini merupakan SUV dengan tiga baris tempat duduk dengan kedudukan yang sedikit rendah seperti sebuah MPV. Ia juga merupakan model pertama dari Proton yang akan menggunakan trenkuasa hibrid ringkas.

Model ini akan dilengkapi dengan enjin petrol tiga-silinder 1.5 liter turbocas yang turut dipadankan dengan sistem 48-voltan Bel-Driven Starter Generator (BSG). Enjin ini dijangka mampu menghasilkan kuasa sehingga 190 PS, lebih berkuasa berbanding enjin 1.5 liter standard pada 177 PS.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai SUV dari Proton ini. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN