Close

Fungsi ProMotion 120Hz dilaporkan akan kekal ekslusif pada iPhone model Pro sahaja

Sebelum ini, telah tertiris panel skrin untuk iPhone 15 yang memperlihatkan kesemua model hadir dengan fungsi Dynamic Island. Biarpun, kesemua model hadir dengan Dynamic Island. Namun, beberapa fungsi lain tidak akan ditawarkan pada iPhone 15.

Menurut laporan dari Landzuk, Apple tidak akan membawakan fungsi ProMotion 120Hz dan Always On Display pada iPhone model standard sebaliknya fungsi tersebut akan terus kekal ekslusif pada model Pro untuk iPhone yang seterusnya.
Ia bermaksud, hanya iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max sahaja akan hadir dengan fungsi ProMotion 120Hz dan Always On Display. Sementara, iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akan kekal dengan paparan standard 60Hz dan tanpa Always-On Display. 
Sekiranya anda masih berharap yang iPhone model standard akan hadir dengan fungsi ProMotion 120Hz dan Always On Display, ia mungkin tidak akan berlaku pada siri iPhone 15. Namun, masih ada harapan untuk perkara ini berlaku pada siri iPhone 16.

ARTIKEL BERKAITAN