Close

Garmin Forerunner 265 Dan 965 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM2200

Garmin kini sedia untuk menawarkan dua peranti boleh-pakai terbaru mereka untuk pasaran tempatan. Kedua-dua peranti tersebut memfokuskan kepada golongan atlet elit dan juga atlet pemula. Tampil dengan beberapa peningkatan spesifikasi dan merupakan model terawal hadir dengan skrin AMOLED dalam keluarga Forerunner.

Forerunner 965 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.4-inci bersama pelindung skrin dari Corning Gorilla Glass DX. Tampil dengan rekaan yang lebih nipis dengan bingkai menggunakan binaan dari titanium. Seperti jam pintar lain, Forerunner 965 ini turut menyokong pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan secara terbina seperti pemantauan waktu tidur, pengesanan tekanan, penjejakan kadar degupan jantung, VO2 Max, SpO2, kitaran haid dan lain-lain.

Terdapat lebih dari 30 pilihan aktiviti senaman dan juga sukan secara terbina. Selain itu, ia juga turut menyokong fungsi notifikasi dan juga sokongan muat turun lagi melalui Spotify, Deezer dan juga Amazon Music. Dari segi ketahanan bateri, Forerunner 965 mampu bertahana sehingga 31 jam dalam mod GPS dan meningkat kepada 23 hari dalam mod jam tangan pintar.

Seterusnya adalah Forerunner 265, hadir dengan dua pilihan saiz iaitu 42mm dan 46mm yang turut menggunakan skrin AMOLED. Seperti Forerunner 965, ia juga hadir dengan pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan secara terbina seperti pemantauan waktu tidur, pengesanan tekanan, penjejakan kadar degupan jantung, VO2 Max, SpO2, kitaran haid dan lain-lain.


Turut menyokong, lebih dari 30 pilihan aktiviti senaman dan juga sukan secara terbina. Selain itu, ia juga turut menyokong fungsi notifikasi dan juga sokongan muat turun lagi melalui Spotify, Deezer dan juga Amazon Music. Dari segi ketahanan bateri, untuk 42mm ia mampu bertahan sehingga 24 jam dalam mod GPS dan 15 hari dalam mod jam tangan pintar. Manakala untuk 46mm, ia mampu bertahan sehingga 20 jam dalam mod GPS dan 13 hari dalam mod jam tangan pintar.

Dari segi penawaran harga, Forerunner 265 dijual pada harga RM2200 dana Forerunner 965 pula ia dijual pada harga RM2970. Bagi yang berminat, ia boleh didapati di semua pengedar rasmi Garmin Malaysia atau menerusi kedai rasmi atas talian Garmin.

ARTIKEL BERKAITAN