Close

Honor Magic5 Pro dan Magic Vs dijangka akan tersedia di Malaysia pada April ini

Dua peranti yang diumumkan oleh Honor di MWC akan tersedia untuk pengguna tempatan seawal April ini. Dua peranti tersebut adalah Honor Magic5 Pro dan juga Honor Magic Vs. Kedua-dua peranti ini membawakan sejumlah peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik.

Dari segi spesifikasi, Honor Magic5 Pro dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, skrin 6.81-inci LTPO, bateri 5100mAh dengan pengecasan pantas 66W. Untuk fotografi, ia menggunakan Falcon kamera sistem dengan sensor 50MP.

Honor Magic Vs adalah peranti boleh lipat yang merupakan pencabar kepada Samsung Galaxy Fold, dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, RAM sehingga 12GB, kamera 54MP, bateri 5000mAh dengan pnegecasan pantas 66W. Menurut Honor, Magic Vs ini membawakan rekaan engsel yang lebih dan juga kurang kesan lipatan.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan juga harga jualan. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN