Close

Honor Magic5 Pro mendapat skor DxOmark 152 – Nombor satu dalam carta


Honor Magic5 Pro yang baharu sahaja dilancarkan di MWC baru-baru ini telah mendapat skor kamera DxOMark tertinggi dengan152 markah, sekaligus menduduki tempat pertama menewaskan Huawei Mate 50 Pro yang mendapat skor 149 markah.



Menurut DXOmark, Honor Magic5 Pro membawakan peningkatan kamera yang lebih baik dari model sebelumnya. Keupayaan autofocus pada Honor Magic5 Pro adalah sangat pantas dan tepat biarpun pada keadaan kurang cahaya. Imej yang dihasilkan juga adalah sangat baik dengan warna yang dihasilkan sangat tepat termasuk warna tona kulit dan warna kontras yang semula jadi.


Ujian yang dilakukan terbahagi kepada lima bahagian iaitu Photo, Bokeh, Zoom, Preview dan juga Video. Yang mana, untuk photo mendapat 154 markah, bokeh 80 markah, zoom 156 markah, preview 74 markah dan video 149 markah, menjadikan markah keseluruhan adalah 152.

Namun begitu, Honor Magic5 Pro turut mempunyai beberapa kelemahan seperti imej yang dihasilkan kadang-kala tidak semula jadi, shutter lag mudah berlaku pada pencahaya kontras tinggi dan cenderung untuk kehilangan kontras apabila mod kecerahan diaktifkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN