Close

Honor menjadualkan acara pelancaran Magic 5 Pro dan Magic Vs di Malaysia pada 6 April ini


Honor Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran untuk Magic 5 Pro dan Magic Vs pada 6 April. Acara pelancaran tersebut juga boleh ditonton secara dalam talian melalui media sosial rasmi Honor Malaysia pada 2.30 petang. Kedua-dua peranti ini membawakan sejumlah peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya.



Untuk spesifikasi, Honor Magic5 Pro dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, skrin 6.81-inci LTPO OLED, paparan 120Hz, bateri 5100mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 55W pengecasan tanpa wayar. Untuk fotografi, ia menggunakan kamera sistem Falcon dengan sensor 50MP.


Honor Magic Vs adalah peranti boleh lipat yang merupakan pencabar kepada Samsung Galaxy Fold4, dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, RAM sehingga 12GB, kamera 54MP, bateri 5000mAh dengan pnegecasan pantas 66W. Honor Magic Vs ini membawakan rekaan yang lebih nipis dengan engsel yang lebih baik dan juga kurang kesan lipatan.



Dengan kebanyakkan maklumat telahpun didedahkan, kita sekarang hanya menunggu maklumat mengenai ketersediaan dan juga penawaran harga untuk kedua-dua peranti. Kesemua maklumat tersebut akan dikongsi pada hari pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN