Close

Honor menjanjikan kemaskini Android sehingga 3 tahun untuk Magic5 Pro dan Magic Vs

Pada acara MWC yang berlangung di Barcelona. Honor telah mengumumkan dua peranti premium mereka iaitu Honor Magic5 Pro dan Honor Magic Vs. Yang mana, kedua-dua peranti ini dijangka akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Terbaru, Honor mengumumkan yang kedua-dua peranti tersebut akan ditawarkan dengan kemaskini Android selama 3 tahun dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun. Menjadikan, kedua-dua peranti akan menyokong kemaskini sistem operasi sehingga Android 16.

Honor Magic5 Pro dan Honor Magic Vs merupakan peranti pertama Honor yang menyokong kemaskini yang lebih panjang berbanding model sebelumnya. Namun, Honor bukanlah pengeluar pertama yang memberikan kemaskini yang sehingga lima tahun.

Bercakap mengenai ketibaan peranti ini di Malaysia, buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran yang didedahkan oleh pihak Honor. Kami menjangkakan peranti ini mungkin akan dilancarkan sekitar April atau Mei 2023.

ARTIKEL BERKAITAN