Close

Honor Play 7T dan Play 7T Pro dilancarkan dengan harga bermula sekitar RM703

Honor secara rasmi mengumumkan dua peranti baharu di bawah siri Play iaitu Honor Play 7T dan Honor Play 7T Pro. Merupakan peranti kelas pertengahan, hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan reka bentuk yang lebih baik.

Honor Play 7T


Honor Play 7T dilengkapi dengan skrin LCD IPS bersaiz 6.74-inci dengan resolusi HD+ yang turut menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6020 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 6000mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 22.5W.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan sistem dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman. Untuk swafoto, ia dengan sensor sebesar 8MP yang dimuatkan pada takuk jenis waterdrop. Peranti ini menjalankan sistem operasi Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12.

Di China, Honor Play 7T dijual pada harga bermula dari CNY 1,099 (RM703) untuk 8GB + 128GB dan CNY 1,299 (RM831) untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Titanium Silver, Blue dan Black.

Honor Play 7T Pro


Manakala untuk Honor Play 7T Pro, ia hadir dengan skrin LCD LTPS bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+ yang turut menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan Dimensity 6020 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalam 256GB. Bateri 4000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 44W.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan sistem dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman. Untuk swafoto, ia dengan sensor sebesar 8MP yang dimuatkan pada takuk jenis waterdrop. Peranti ini menjalankan sistem operasi Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12.

Di China, Honor Play 7T Pro dijual pada harga bermula dari CNY 1,499 (RM959) untuk 8GB + 128GB dan CNY 1,699 (RM1087) untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu  Silver, Green dan Black.

ARTIKEL BERKAITAN