Close

Huawei kongsi contoh gambar yang diambil menggunakan Huawei P60

Sumber : HC Newsroom

Biarpun, tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai siri Huawei P60 pada acara MWC. Namun, Ketua Pegawai Operasi Huawei telah berkongsi beberapa contoh gambar yang diambil dengan menggunakan Huawei P60 di sekitar Barcelona.
Sumber : HC Newsroom
Gambar tersebut dikongsi oleh He Gang yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Huawei. Gambar tersebut diambil dengan menggunakan Huawei P60 dengan menggunakan kamera zum yang memperlihatkan hasil gambar mempunyai tahap ketajaman yang sangat baik.
Selain dari tahap ketajaman yang baik, kamera pada Huawei P60 dilihat dapat menghasilkan perincian gambar yang baik serta kemampuan fokus yang tepat dan cepat.
Walaubagaimanapun, buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada siri Huawei P60. Terdapat laporan menyatakan Huawei P60 dijangka akan dikuasakan dengan cip dari Qualcomm.

ARTIKEL BERKAITAN