Close

Huawei Mate X3 turut dilancarkan – Snapdragon 8+ Gen 1, kamera XMAGE dan penarafan IPX8

Disamping pelancaran siri Huawei P60, Huawei turut melancarkan peranti boleh lipat baharu mereka iaitu Huawei Mate X3. Merupakan peranti boleh lipat paling nipis yang pernah dihasilkan oleh Huawei, turut hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik.

Huawei Mate X3 dilengkapi dengan teknologi skrin Huawei X-True dengan skrin luar bersaiz 6.4-inci OLED LTPO dan skrin dalam bersaiz 7.85-inci OLED LTPO. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan storan dalaman sehingga 1TB. Bateri 4800mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas berwayar 66W dan 50W pengecasan tanpa wayar.

Menarik mengenai peranti boleh lipat dari Huawei adalah ia lebih ringan dan lebih nipis dengan berat hanya 236gram dan tebal hanya 5.3mm. Yang mana, ia lebih ringan dari Samsung Galaxy Z Fold4 dengan berat 263gram. Ia juga menyokong penarafan IPX8 seperti Samsung Galaxy Z Fold4, sokongan komunikasi satelit dua hala dan menjalankan Harmony OS 3.1.


Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan sistem tri-kamera dengan sensor utama 50MP OIS RYYB + 13MP ultra sudut lebar + 12MP telefoto dengan kemampuan zum optikal sehingga 5X. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP yang diletakkan pada bahagian luar dan dalam.

Di China, Huawei Mate X3 dijual pada harga bermula dari CNY12,999 (RM8401) untuk 256GB dan mencapai sehingga CNY15,999 (RM10,341) untuk 1TB. Ditawarkan dalam lima pilihan warna Violet, Hitam, Putih, Emas dan Hijau.

ARTIKEL BERKAITAN