Close

Huawei menjadualkan acara pelancaran siri Huawei P60 dan Mate X3 pada 23 Mac ini

Huawei telahpun menjadualkan acara pelancaran pada 23 Mac ini di China. Pada acara tersebut, Huawei dijangka akan melancarkan dua peranti premium mereka iaitu siri Huawei P60 dan Huawei Mate X3.


Berdasarkan dari poster yang dikongsi berkenaan tarikh pelancaran peranti tersebut, memperlihatkan latar belakang laut yang terbahagi kepada dua jenis ombak yang memberikan bayangan mengenai peranti yang akan dilancarkan.


Pada bahagian atas poster tersebut, memperlihatkan ombak berbentuk bulat yang mengambarkan rekaan kamera belakang atau rekaan panel hadapan untuk siri Huawei P60. Manakala, pada bahagian bawah poster terdapat ombak berbentuk V yang mengambarkan kepada peranti boleh-lipat Huawei Mate X3.


Buat setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan dibawakan pada kedua-dua peranti. Tetapi terdapat laporan menjangkakan yang kedua-dua peranti ini akan dijana cip Snapdragon 8 Gen dengan sistem kamera XMAGE 2.0.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN