Close

Iklan jenis ‘Overlay’ akan dibuang dari YouTube bermula April ini

YouTube nampaknya bakal mengubah format iklan mereka bermula pada 6 April 2023. Perubahan format tersebut menyaksikan yang YouTube akan membuang iklan berbentuk Overlay pada video untuk pengguna komputer.

Iklan Overlay atau lebih popular dipanggil sebagai iklan banner merupakan iklan dalam bentuk gambar yang dipaparkan di atas video semasa ia dimainkan. Perubahan ini dibuat untuk memberikan pengguna pengalaman menonton yang lebih baik tanpa menggangu pengguna.

Menurut YouTube, kesan kepada perubahan format iklan ini adalah sangat minima berikutan iklan berbentuk Overlay ini hanya dipaparkan pada pengguna komputer sahaja. Berikutan dari perubahan ini, YouTube mungkin akan memperkenalkan format iklan baharu pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN